umpama ombak yang tak pernah tenang...
hati ini selalu bicara...
kenapa jalan ini yang jadi laluan
hidup ku?
kenapa laluan ini yang jadi wayang hidup ku?
ini bukan impian aku...
lalu ini jadi takdirku...
hati yang berat menerima, kekosongan yang kian terasa...
kekacauan yang tak pernah berkesudahan..
ketidakpuasan yang tak mampu dipuaskan
kekeliruan yang tak terluahkan...
lalu bagaimana ingin ditempuh lagi?
mampukah diri ini mulai redha dengan ketentuan Ilahi dan berusaha menerimanya?
sudah berulang kali ingin dilembutkan hati, tapi syaitan terus membelenggu aku...
lalu hati kelabu jadi hitam...benci yang cuba di pendam timbul kembali..
dendam yang tak terleraikan datang menghantui...
aku mula serabut....
lupa yang hak dan batil kepada dia yang umpama tuan kepada aku...
kesilapan tak mahu lagi dimaafkan...
ah..pabila saat itu menjelma, tak ingin lagi ku pedulikan tentang dia...
meskipun diri ini cuba dia tenteramkan...cuba dia isi kekosongan...cuba dia beri kasihnya..
tapi tak ingin lagi aku terima...
sampai bila harus begini?
nyatanya aku keliru dengan duniaku...
nyatanya aku masih belum mampu melupakan masa-masa hitamku dahulu...
nyatanya aku masih belum memaafkan kenangan lampau...dia dan aku...
membuat aku tersekat ditampuk lama...
bukan aku tak cuba kembalikan saat pertama kali aku kenalinya...saat cinta bisa mengubah masa depan ku...
tapi semua bagaikan sia-sia sahaja...
bahagia hanya sementara..
gembira hanya yang terpamerkan diwajah..
sedangkan hati ini bercelaru mencari hikmah disebalik semua ini...
lelah sudah aku dengan pusingan emosi yang tak pernah henti...
oh Tuhan....aku mohon dipermudahkan segala kerenah hati ini...dan ditunjukkan apa yang terbaik buatku...
4 comments:
pasti ade sinar yg lebih indah di hujung jalan sane....sabar ye...
SIGH....susah laa kak...rase macam sume mende neh silap je~
firman Allah swt...khabarkan la kemenangan bagi orang-orang yang sabar,maka bersabar lah.letak kan hati kamu pada Allah,nescaya kamu akan jadi kekasih Allah dan apabila kamu sudah menjadi kekasih Allah,nescaya kamu akan dapat pertolongan dari Allah.diriwayatkan satu hadis dari sahabat rasullullah,bahawanya,sekiranya kamu mempunyai hajat,cari la seseorang yang mempunyai hajat juga,sampaikan la hajatnya,dan hajat kamu akan Allah sampaikan.dalam hidup kita tiada yang lebih bermakna selain daripada ketenangan dan kebahagian jiwa kita.ketenangan dan kebahagian itu anugerah allah,dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.
thank you for the reminder...really appreciates it~
Post a Comment